08 February 2011

UCAPAN TAHNIAH DAN PENGHARGAAN TUAN PPD HILIR PERAK (Salinan Web PPD Khamis, 03 Februari 2011 19:16)

Bismillahirrahhmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.
Salam Sejahtera

Saya mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Muhammad Firdaus b. Mohamad Ali ,murid dari SK Degong dan Nik Nur Nasuha bt. Mohd Sabri ,murid dari SK Selekoh kerana terpilih dalam Penyampaian Watikah Atlet Harapan Pingat Emas Kejohanan Balapan dan Padang MSSM 2011. Kejayaan ini secara tidak langsung dapat mengharumkan nama sekolah dan ianya juga memberi kesan yang positif terhadap sukan di daerah Hilir Perak.
Monumental cabaran Hilir Perak untuk mencapai 10 pingat emas bukanlah satu yang mustahil malah ianya merupakan suatu yang realistik yang boleh dicapai dengan mengoptimakan potensi mereka secara berkesan, iltizam dan responsif terhadap bakat dan menjadikan sukan sebagai sebahagian kualiti hidup.Satu murid satu sukan wajar dilaksana dan dirancang secara berkesan agar penglibatan murid dapat memberi makna kepada dirinya, sekolah dan daerah.
Harapan saya, kejayaan murid ini akan memberi inspirasi kepada semua sekolah daerah Hilir Perak, bahawa sukan daerah Hilir Perak mampu merekayasakan kegemilangan dan seterusnya merealisasikan Hilir Perak berada  TOP 3 di Negeri Perak.
Kepada murid yang berkenaan , warga sekolah SK Degong dan SK Selekoh, tahniah sekali lagi kerana komitmen anda. Teruskan kejayaan dan kecemerlangan.
 

1 comment:

  1. Syabas dan tahniah ke atas pencapaian Daerah Hilir Perak dan menjadikan impian Top 3 menjadi kenyataan

    ReplyDelete